• Khidmat Pelanggan
    Ahad - Khamis : 8am to 5pm
  • Jalan Tengku Ismail Off Jalan Telipot,
    15200 Kota Bharu

MENGURUS DAN MENYELENGGARA SEMUA LOJI RAWATAN KUMBAHAN AWAM DI SELURUH NEGERI KELANTAN

Majaari bertanggungjawab memastikan semua loji rawatan kumbahan awam diambilalih, dibaikpulih, dinaiktaraf dan seterusnya diselenggara sebaiknya bagi memastikan ia berfungsi dengan sempurna. Majaari sedang membuat kajian, perancangan menyeluruh dan pelaksanaan yang efisien bagi mempertingkatkan pembangunan sistem pembetungan untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang di negeri Kelantan. Majaari juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan persendirian.

PERKHIDMATAN PENGOSONGAN TANGKI SEPTIK

Majaari menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik dengan mengambilalih tugas dan perkhidmatan yang sebelum ini disediakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Kelantan. Majaari mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan secara profesional dan terbaik kepada seluruh penduduk negeri Kelantan. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah munasabah dan berpatutan bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien dan pengurusan enapcemar dapat dilakukan dengan sempurna.

AGENSI PERAKUAN PEMBETUNGAN (APP) BAGI PIHAK SPAN

Menyediakan perkhidmatan memproses dan memperakukan kelulusan pelan-pelan sistem pembetungan loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan, sambungan paip dan tangki septik.

PERKHIDMATAN MEMBERSIHKAN SUMBATAN

Majaari menyediakan perkhidmatan membersihkan sumbatan paip pembetungan awam dan persendirian, rumah kedai/komersial, kilang dan lain-lain.