• Khidmat Pelanggan
    Ahad - Khamis : 8am to 5pm
  • Jalan Tengku Ismail Off Jalan Telipot,
    15200 Kota Bharu

Latar belakang penubuhan

Majaari Services Sdn. Bhd (Majaari) ditubuhkan pada Disember 2007 dan merupakan milikan penuh syarikat Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd yang dimiliki 100% oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kerajaan Negeri Kelantan telah melantik Majaari untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan pembetungan di Negeri Kelantan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Penubuhan adalah selaras dengan kedua-dua akta yang diperkenalkan iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006.

Visi

Menjadi sebuah syarikat perkhidmatan pembetungan yang terkemuka, dinamik dan bersepadu di Malaysia dan antarabangsa

Misi

a. Menyediakan perkhidmatan sosio ekonomi dan produk yang berkaitan dengan aktiviti pembetungan serta menjadi rakan kongsi pilihan dalam perniagaan. b. Menyertai secara aktif dalam peluang perniagaan serantau yang berkaitan dengan kegiatan teras syarikat. c. Mengatasi masalah nasional dan antarabangsa mengenai perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Tujuan dan target

a. Memenuhi kehendak pelanggan. b. Memastikan kesihatan masyarakat dan persekitaran lebih terjamin. c. Menghasilkan pendapatan di samping mempertimbangkan kepuasan pelanggan. d. Membangunkan sumber manusia dengan kemahiran dan latihan. e. Mencapai standard ISO. f. Menguruskan loji rawatan kumbahan awam dengan lebih cekap. g. Mengawal dan membangunkan kemudahan pembetungan dengan baik. h. Memastikan pembangunan sistem pembetungan mencapai standard yang ditetapkan dan diluluskan. i. Menyediakan perkhidmatan pengurusan pembetungan yang terbaik. j. Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pemeliharaan alam sekitar.