• Khidmat Pelanggan
    Ahad - Khamis : 8am to 5pm
  • Jalan Tengku Ismail Off Jalan Telipot,
    15200 Kota Bharu

Agensi Perakuan Pembetungan

Majaari sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memberi perkhidmatan memproses dan memperakukan kelulusan pelan-pelan sistem pembetungan, loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan , sambungan paip dan tangki septik.

Fungsi dan Skop Kerja Perkhidmatan APP

  1. 1. Mengkaji cadangan perancangan sistem pembetungan termasuk
      • – Memberi ulasan keperluan pembetungan ke atas permohonan tukar syarat atau pecah sempadan bagi mana-mana pembetungan
      • – Memberi ulasan ke atas permohonan kebenaran merancang serta pelan bangunan sekiranya diperlukan
      • – Menyelaras permohonan sistem pembetungan untuk skim-skim pembangunan di suatu kawasan perkitaran
      • – Mengadakan perundingan dan menasihati  pemaju atau wakil arkitek atau jurutera
      • – Memastikan kecukupan laporan dan lukisan yang dikemukakan
      • – Menyemak cadangan perancangan supaya selari dengan keperluan perancangan pembetungan.
  1. 2. Menguruskan Maklumat Perancangan Data Pembetungan-loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan, sambungan paip dan tangki septik.
  2. 3. Mengkaji Cadangan Rekabentuk Sistem Pembetungan yang dikemukakan oleh Orang Yang Berkelayakan (Qualified Person) bagi mematuhi garispanduan dan standard termasuk menyedia dan memberi ulasan atau kelulusan bagi pihak SPAN.
  3. 4. Mengadakan pemeriksaan perantara termasuk pemeriksaan di pelbagai peringkat pembinaan selaras dengan lukisan yang diluluskan serta penggunaan produk yang diluluskan oleh SPAN.
  4. 5. Mengadakan pemeriksaan terakhir dan memberi surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran sijil perakuan siap dan pematuhan (certificate of completion and compliance-CCC).
  5. 6. Mewakili SPAN di pelbagai mesyuarat berkaitan dengan pembangunan baru dan kerja-kerja pembetungan yang dianjurkan oleh PBT, Pusat Sehenti (One Stop Centre) dan lain-lain agensi.
  6. 7. Sentiasa mematuhi, mengamalkan dan menggunapakai garispanduan, akta-akta berkaitan sistem pembetungan.